Tuesday, March 24, 2020

Dunia Tanpa Tembok (A Review)




“Ilmu adalah kuasa. Bahasa adalah simbolik. Geografi adalah takdir.”


Quote yang dilontar oleh penulis ini cukup untuk menggambarkan mesej yang beliau nak sampaikan melalui koleksi tulisannya yang dikumpul menjadi satu di dalam naskah sulungnya ini.


Sesuai dengan tajuknya yang berjudul “Dunia Tanpa Tembok” ini, penulis mengajak kita untuk memahami macam mana dunia yang tidak hanya berpaksikan satu bangsa atau kaum semata-mata ini berfungsi. Secara ringkasnya, tema geopolitik yang diketengahkan oleh penulis menjadi rangka utama dalam penulisan beliau.


Aku mengikut rapat penulisan dan pandangan yang dilontarkan oleh penulis, Ayman Rashdan Wong di media sosial seperti Facebook dan Twitter. Ayman Rashdan Wong ini kalau korang nak tahu, dia antara penyumbang besar artikel-artikel untuk page ‘The Patriots’ melalui komentar-komentar beliau terhadap situasi politik semasa di peringkat global. ‘The Patriots’ tu apa? Basically dia macam page yang kumpulkan artikel yang pelbagai tajuk dari penulis yang berlainan. Naskah ‘Dunia Tanpa Tembok’ ini secara asasnya mengumpulkan idea serta pandangan beliau di dalam satu karya yang mudah difahami oleh orang awam.


Ok jadi, kenapa korang kena baca buku ni? Jom aku ceritakan. Apa yang membuatkan aku begitu tertarik dengan penulisan beliau ialah tak lain dan tak bukan sebab dia memberi satu nafas baru terhadap cara pandang aku sendiri terhadap isu-isu global yang berlaku di segenap pelusuk dunia. Sepanjang pembacaan aku terhadap naskah ini, memang dalam hati aku tak habis-habis bersuara "Oh macam tu ke.." "Oh patut la diorang buat macam ni..." "Uish baru aku tau!".


Ye lah mana taknya, kita kan selalu sangat disogok oleh idea-idea serta spekulasi dari pihak tertentu yang mana mereka mengatakan segala kejadian yang berlaku dekat dunia ini semuanya didalangi oleh pihak-pihak tertentu. Aku rasa korang boleh agak apa aku cuba sampaikan ni. Nama seperti Rothschild, Freemason, Illuminati atau Zionis ni rasanya dah begitu sinonim di kalangan kita. Tak keterlaluan aku cakap, kalau ada bangunan runtuh dekat ceruk Changlun, Kedah sana pun agaknya orang kata Zionis punya kerja. Kita menggelarkan spekulasi-spekulasi yang ditimbulkan ini sebagai Teori Konspirasi.


Sebelum aku baca buku ni lagi aku dah skeptik dengan pandangan-pandangan teori konspirasi ni, sebab banyak antara yang dispekulasikan itu hanyalah sekadar pseudo-science semata-mata. Jadi lepas saja aku baca buku ni, dia memberi insight atau pun informasi yang lebih fresh lagi tentang bagaimana tak relevan sebenarnya method atau pemahaman sesetengah pihak dalam memahami isu global yang berlaku.Tidaklah aku menafikan terus kewujudan anasir-anasir jahat atau rahsia yang mendalangi huru-hara yang berlaku di dunia ini, benda tu BARANGKALI ada, cuma aku lebih memilih untuk berpegang kepada pandangan dan idea yang aku lihat lebih rasional.


Sebagai contoh, betul ke semua Presiden US yang dilantik ini boneka Yahudi belaka? Kalau macam tu kenapa ada waktu Israel sendiri membidas dasar politik yang diambil US? Betul ke Syiah dengan Yahudi ini ada kerjasama sebab tu berlaku pembunuhan orang-orang Sunni di Syria? Betul ke perang dingin antara US-Russia selama 45 tahun itu wayang sahaja? Semua jawapan tu korang boleh dapat once korang mula baca buku ini.


Untuk aku sendiri, aku suka satu bahagian dalam buku ini yang menceritakan serba sedikit tentang konflik yang berlaku di Syria. Sebaik saja aku baca bahagian tersebut, aku terus gali dengan lebih dalam untuk memahami krisis yang berlaku di situ. Rupanya, krisis di situ taklah hanya berkisar tentang Sunni vs Syiah semata-mata seperti yang kebiasaan kita selalu dengar, tetapi konflik yang berlaku sebenarnya lebih dari itu. Berdasarkan pembacaan aku dari sumber yang lain, terdapat 4 pihak sebenarnya yang ‘masuk gelanggang’ di Syria sana sehingga menyebabkan negara tersebut jadi huru-hara macam yang kita tengok hari ini. Perbalahan Sunni-Syiah pada hakikatnya hanyalah sebahagian dari cerita yang lebih kompleks tentang pebalahan politik di sana.


Aku takdalah nak cerita secara terperinci tentang konflik di situ, cumanya apa yang aku nak sampaikan adalah, penulisan Ayman ini secara tak langsung buka ruang untuk kita go deeper dan banyakkan sumber bacaan dalam memahami krisis dunia. Jadi di sini kita dapat lihat, saudara Ayman seolah-olah menyediakan pintu untuk kita meneroka dan memahami ilmu geopolitik dengan lebih terperinci (melalui bacaan dari sumber lain) dengan penulisannya yang mudah difahami.


Antara topic lain yang bagi aku sangat menarik untuk dibaca termasuklah tentang konsep Soft Power dalam ilmu geopolitik iaitu tentang macam mana South Korea dapat luaskan pengaruh dia ke seluruh dunia melalui industri hiburan, iktibar dari kejatuhan kerajaan Islam yang sebenarnya berpunca dari orang Islam itu sendiri, Saladdin dan Realpolitik, memahami hegemoni US-kenapa mereka ni begitu beria-ia nak menyibuk sana-sini dekat negara lain, isu Malaysia dengan Korea Utara yang orang kata macam dah nak berperang sebab pembunuhan Kim Jong Nam tu, apa itu corak pemikiran Manicheanism serta penulisan tentang konsep Nuclear Deterrance dalam mengimbangi kuasa-kuasa besar dunia. Baru aku tahu penciptaan senjata nuklear itu sebenarnya yang menghalang kuasa-kuasa besar dunia dari berperang dalam tempoh beberapa dekad ni.











Berbicara tentang ada atau tidak bahagian yang aku tidak bersetuju dengan penulis, secara peribadinya aku bukanlah dari background yang belajar secara mendalam tentang sains politik atau ilmu International Relations, jadi aku rasa aku tak ada kapasiti pengetahuan yang cukup untuk memberi kritikan terhadap penulisannya. Lagi pula buku ini 90% bermain dengan fakta dan bukan padangan peribadi semata-mata, dan mungkin kebarangkalian untuk tedapat fakta yang mungkin sedikit becanggah jika korang mengambil penulisan lain sebagai rujukan itu ada. Fakta yang mana satu tu jangan tanya aku yang mana.


Apa-apa hal pun, aku bagitahu siap-siap, korang jangan expect pulak korang terus mahir dalam ilmu geopolitik dengan hanya korang baca buku ini sahaja. Macam aku cakap, buku ini hanya sebagai platform untuk buka pemikiran kita. Untuk jadi expert dalam bidang ni, mahu nya dekat berpuluh bahkan beratus buku kau kena hadamkan.  


Ringkasnya aku boleh simpulkan, buku ni tersangatlah sesuai untuk dibaca oleh orang awam yang tak ada asas atau pun bukan dari background yang belaja sains politik atau International relations sebab bahasa serta istilah yang diguna oleh penulis sangat sempoi dan mesra pembaca, tiada jargon-jargon yang sukar difahami. Buku ini bagi aku, bila kau baca cerita-cerita sejarah atau isu global yang ditulis oleh Ayman, dia seolah-olah macam kau bersembang dengan dia dekat kedai kopi. Nak bagitahu betapa santainya cara penulisan dia tu.  Secara overall, rating yang aku beri untuk buku ni adalah 9/10.


Jadi itu saja review aku untuk buku “Dunia Tanpa Tembok” ini. Apa-apa hal korang kena give a try untuk baca buku ini. Jika korang mencari benda fresh yang luar dari kebiasaan, buku  ini  memang sangat bebaloi untuk dibeli dan dibaca. Korang boleh beli secara online atau pun cuba tengok di MPH, dekat popular biasanya tak dapat buku terbitan The Patriots ini. Itu saja daripada aku, nantikan review aku untuk next book. Until next time!


-Shah Rizal-

No comments:

Post a Comment

Hilang (A Review)

"Ku mencari dan terus mencari diriku yang hilang Baruku sedar, yang hilang itu adalah cintaku padaNya" Alhamdulillah, f...