Ulasan Buku: Mitos Peribumi Malas (akan ditulis MPM)
oleh Syed Hussein Alatas.
versi BM
versi BI
Ringkasnya, MPM
menyatakan bahawa kepercayaan peribumi malas ialah salah dan tidak berasas
sehingga penulis dengan penuh keberanian menyatakan bahawa kepercayaan ini
hanyalah mitos (baca: maksud myth) yang dimulakan pihak penjajah dan
kini masih dijaja oleh golongan elit di tanah air. Peribumi yang disentuh ialah
orang Jawa, Melayu dan Filipina. Maksudnya, kepercayaan ini bukan hanya
ekslusif di Malaysia sahaja.
Sepanjang aku
membesar dari bangku sekolah sehingga ke menara gading, sokmo doh dengo(baca: selalu ku dengar) ucapan ini menyebar bermula
dengan orang biasa sehingga kepada ahli politik masyhur tanah air. Betul ke
Melayu ni pemalas, dok reti( baca: cekap) keje, pandai tido je? Atau kepercayaan
peribumi malas digunakan bertujuan memanjangkan lagi kekuasaan pihak
berkepentingan( baca: nok terus kekal berkuasa, terus kaut keuntungan). Aku
memang agak skeptikal apabila melihat slogan-slogan tersebut berterusan menjadi
zikir yang ‘mengkhusyukkan’ golongan tertentu.
Apa yang aku
suka pasal MPM ialah penulis meletakkan definisi khusus kepada maksud
malas dan situasi yang melibatkan kemalasan. Pada pendapat aku, definisi untuk
istilah amat penting dalam perbincangan agar pihak terlibat memahami perkara dibincangkan
dan mengelakkan potensi ketidakfahaman (misunderstanding). Rentetan itu, penulis layak dipuji kerana pendefinisian dan penghuraian yang panjang
lebar mengenai istilah kemalasan. Tambahannya, beliau meletakkan contoh situasi
definisi kemalasan yang boleh membantu pemahaman pembaca.
Keduanya,
kesimpulan dalam MPM bukanlah tin kosong kerana penulis melalui kajian yang
aktif untuk menemui kesimpulan bahawa kepercayaan peribumi malas adalah mitos.
Contohnya, pembaca akan menemui pada akhir halaman setiap bab terdapat ruangan
yang mengandungi senarai sejumlah rujukan sebagai bukti. Dengan kata lain,
senarai rujukan menunjukkan ketelitian sebelum menyimpulkan tajuk buku beliau.
Ulasan aku berdasarkan buku versi terjemahan Bahasa Indonesia dan diubahsuai ke bahasa Malaysia. Pendek kata, korang akan sedikit pening dengan perkataan yang digunakan kalau baca guna versi tersebut. Namun, lama kelamaan aku membiasakan diri dan buku MPM tetap luarbiasa untuk dibaca dan dijadikan buah fikir dalam kehidupan seharian. Aku pinjam buku ini dari Pustaka Awam Negeri Terengganu. Sebenarnya banyak buku menarik dekat pustaka yang korang boleh baca.
Kesimpulannya,
MPM mengandungi pelbagai perspektif terhadap istilah peribumi malas. Aku sangat
syorkan korang untuk membaca buku ini terutama saat Perintah Kawalan
Berkurung berlangsung sekarang. Nanti komen pandangan korang. Apa-apa saje. Kritikan yang
membina juga digalakkan.
Sumber:
Syed Hussein Alatas, 1981, Mitos Peribumi Malas, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pendidikan Malaysia, Kuala Lumpur.


Maafkan saya kerana berbeza pendapat. Ini pendapat saya apabila membaca tajuk buku tersebut kerana saya belum sempat membaca buku tersebut.
ReplyDeleteBagi saya slogan pribumi malas adalah satu sarkastik yang diucapkan oleh golongan yang dimaksudkan oleh penulis sebagai trigger(pencetus) kepada melahirkan sesorang yang sentiasa sedar dan tidak mudah bermalas-malasan atas privilege(keistimewaan) yang diperoleh pribumi tersebut.
Saya berpendapat ini adalah satu sarkastik bagi membakar semangat pribumi untuk lebih berusaha dalam sesuatu perkara..
Penerangan saudara x jelas....maaf bertanya.. pertama,apa mitos yang cuba di sampaikan oleh syed syed Hussein Alatas dalam buku MPM ni?
ReplyDeleteYang kedua,apa defini malas yang dikemukakan oleh Syed Hussien Alatas yang dikatakan kena dengan konteks penulisan?
Mohon saudara penulis boleh ulaskan dengan lebih detail tentang apa yang cuba disampaikan oleh Syed Hussien Alatas dalam buku ini... Terima Kasih