Wednesday, March 25, 2020

Kau Sembah Apa (A Review)





Peradaban manusia dianggarkan sudah hampir berusia 200,000 tahun lamanya. Jika dilihat dari lensa kajian saintifik, zaman-zaman ini diukur dalam satu garis masa yang diberi nama pelbagai-Paleolitik, Mesolitik, Neolitik, tik tik tik--you name it. Di dalam kisah peradaban manusia yang panjang ini, ada satu elemen kehidupan yang tidak dapat dipisahkan dalam pembentukan struktur masyarakat dalam sesebuah tamadun. Manusia, sejak dari dulu sudah mengamalkan konsep hidup bertuhan.


Maka dari kepercayaan manusia terhadap apa yang digelar sebagai ‘A Supreme Being’ ataupun ‘The Divine Power’ atau pun pelbagai lagi nama yang merujuk kepada sebuah entiti yang Maha Kuasa, lahirlah satu insititusi penting yang secara langsung telah mencorakkan landskap kehidupan, kebudayaan, strata sosial mahupun falsafah alamiah yang pelbagai--institusi ini dikenali sebagai ‘Agama’. Dalam catatan sejarah sendiri pelbagai karya yang menukilkan tentang persoalan Agama telah ditulis,diolah, dicetak, dikaji malah tak kurang juga dikritik. Seperti kebanyakan buku keagamaan yang lain, buku yang aku tengah review sekarang ini pun lebih kurang begitulah kisahnya.


Di dalam naskahnya ini, Ahmad Iqram Mohammad Nor telah menampilkan satu dimensi penulisan dalam membincangkan soal keagamaan yang aku kira sangat intriguing kepada orang yang lalu lalang melewati kedai-kedai buku, terutama apabila mereka terlihat buku ini disusun rapi di atas rak jualan. Dengan tajuk yang pada aku berjaya membuat orang tertarik untuk melihat apa isi kandungan buku ini, penulis telah Berjaya memberi first impression yang baik terhadap pembaca--‘Kau Sembah Apa?’


Aku mula membeli dan membaca naskah ini ketika tahun 2017. Aku beli dekat Kuantan waktu tu. Ya buku ini sudah agak lama diterbitkan, dari 2016 lagi sebenarnya. Tapi pada aku ini adalah antara buku-buku yang underrated di dalam pasaran, jika mahu diukur dari segi populariti lah. Pun begitu, content buku ini aku boleh kata sangat mengujakan aku sehingga dah beberapa kali aku baca, habis, kemudian baca lagi. Tak puas.


OK jadi buku ni sebenarnya cerita pasal apa? Apa yang mantap sangat sampai berulang kali aku duk baca.


Berdasarkan perenggan awal aku dalam review kali ini, dan melihat kepada tajuk buku ini sendiri, aku rasa korang dah dapat agak apa yang penulis portray dalam karyanya ini. Buku ini dia menceritakan sejarah, asal-usul, doktrin-doktrin serta ritual-ritual yang diamalkan oleh penganut-penganut agama yang pelbagai. Yang bagusnya, penulis terus kecilkan skop penulisan ini kepada agama-agama major yang terdapat di Malaysia, jadi ia membuatkan pembaca boleh relate dengan lebih baik sebab kita semua tahu dan kenal dengan agama-agama yang ada di Malaysia—sekurang-kurangnya pernah dengar nama kira tahu lah tu.














Penulis memulakan mukadimah buku ini dengan memberi definisi agama itu sendiri, lantas diikuti dengan sejarah ringkas bagaimana manusia dan agama mula ‘berinteraksi’. Walaupun baru baca mukadimah, korang boleh nilai kematangan dalam penulisan Saudara Iqram ini yang aku kira sangat professional dalam menyusun kata-kata, membuatkan kau rasa “Uish aku kena teruskan baca buku ni sampai habis, mesti mantap ni next chapter dia!”


Masuk next chapter penulis tak cakap banyak, beliau terus start  dengan becerita tentang agama Islam, agama rasmi Malaysia. Long story short, apa yang penulis cerita tentang Islam tu, pada hakikatnya kita semua dah biasa dengar (buat pembaca yang beragama Islam lah), mungkin adalah sikit-sikit input baru yang bagi aku sendiri agak menarik, here and there, bolehlah. Kemudian, chapter-chapter berikutnya diteruskan lagi dengan kisah sejarah, ritual serta doktrin agama lain—Buddha, Taoism, Kristian, Hindu dan Sikh. Agama-agama yang disebut itu tadi adalah antara agama utama kat Malaysia ini, jadi jangan tanya lah kenapa agama seperti Zoroaster atau pun Shinto takda dalam list sebab tu bukan main agama dekat sini.


Apa yang membuatkan penulisan buku ini bertambah menarik, selain dari facts here and there, penulis ada juga sebut pasal salah faham serta isu-isu berbangkit yang berlaku dalam masyarakat kita. Well kita semua sedia maklum sentimen agama dan perkauman bukan tak pernah berlaku dalam kalangan orang kita, dan penulis cukup aware pasal ini. Jadi melalui penulisan beliau juga disertakan sekali salah faham orang awam terhadap isu sensitive yang merentasi agama. Antaranya termasuklah:


-Isu Bikhu di Rohingya membunuh orang Islam

-‘Siddharta Gautama (Buddha)’ bukan Tuhan

-Beza umah ibadat Buddha dengan Taoism

-Isu pemujaan orang Cina yang memuja ‘Datuk Kong’

-Isu Holy Water

-Isu Lembu dan penganut Hindu

-Isu memotong rambut pelajar Sikh










Jadi, kalau korang nak tahu dengan lebih mendalam kenapa perkara di atas jadi isu, korang kena give a try untuk baca penulisan Ahmad Iqram ini. Memang sangat insightful dan korang akan faham isu-isu sensitive ini tak akan timbul kalau kita saling memahami maklumat asas tentang sesuatu fahaman itu. Bercakap tentang gaya bahasa pula, penulis menggunakan cara penulisan yang agak formal, dan macam karangan BM sikit la. Tapi okay saja sebab masih mudah difahami kerana beliau meminimumkan penggunaan jargon yang complicated.


Tak dilupakan juga, buku ini ialah hasil dari homework yang dibuat dengan penuh teliti oleh penulis dalam usaha beliau mengumpul info tentang agama-agama lain. Rujukan penulis bukanlah sekadar buku atau pun sumber internet, tetapi beliau sendiri pergi jumpa face to face dengan ‘ulama’ setiap agama tadi. Kudos untuk usaha gigih penulis untuk dapatkan maklumat yang betul-betul authentic untuk tatapan pembaca.




Kepada korang yang meminati diskusi tentang agama, terutama yang rajin dengar ceramah Dr Zakir Naik, aku yakin korang dapati buku ini sangat kena dengan taste korang, sebab boleh kata once korang dah habis baca buku ni dan hadam betul-betul isi dia, korang dah ada fundamental yang kuat untuk follow-up perdebatan atau ceramah yang lebih mendalam dan berat. Pada pendapat peribadi aku, buku ini sangatlah sesuai untuk dijadikan bacaan awal (sebelum korang baca buku yang lebih tebal dan berat) jika korang berminat untuk memahami sendiri doktrin-doktrin asas dalam ajaran agama yang menjadi anutan umat manusia kat bumi ini.


Jadi itu saja review aku untuk kali ini. Kepada korang yang mungkin berminat untuk beli dan baca buku ini, aku sangat-sangat recommend untuk korang berbuat demikian. Secara overall, rating untuk buku ni aku beri 8/10Buku ini setahu aku masih diterbitkan dan ada dijual di kedai-kedai buku terutama di MPH, sebab seingat aku tahun lepas waktu jalan-jalan dalam MPH aku ada ternampak buku ni. Tapi takpa kalau member-member yang kenal aku korang boleh pinjam saja dari aku, no worries haha. So aku harap korang enjoy baca review aku kali ini, apa-apa nak komen boleh tulis kat ruangan komen di bawah ok.

Until next time, thanks for reading!!!


-Shah Rizal-




4 comments:

  1. So apa yang ingin disampaikan penulis? Adakah nak mencari kelebihan sesuatu agama untuk menjatuhkan yang lain?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak, penulis tak ada intention untuk berbuat macam tu tuan. But rather penulis just merely stating the facts and information berkenaan agama-agama yg wujud untuk tujuan enlightment. Dalam buku tu tiada unsur provakasi terhadap agama lain tuan :)

      Delete

Hilang (A Review)

"Ku mencari dan terus mencari diriku yang hilang Baruku sedar, yang hilang itu adalah cintaku padaNya" Alhamdulillah, f...