Tuesday, April 7, 2020

How Are You (A Review)


How Are You? by Aiman Azlan


The majority of us are living in the shadow because we are afraid that we would be judge by the society”

            Begitulah antara ayat-ayat yang dilontarkan di awal penulisan buku ini. Kalau kita perhatikan keadaan masyarakat dunia sekarang, jelas dan terang pada mata kita  bahawa masalah penyakit mental kini semakin meningkat dengan mendadak. Ramai pelakon, penyanyi, bahkan orang yang memegang jawatan tinngi kerajaan membunuh diri kerana mengalami masalah mental dek tekanan yang dialami. 

            Baru-baru ini dunia telah digemparkan dengan kematian Thomas Schaefer, Menteri kewangan negara German yang membunuh diri kerana terlalu risau akan ekonomi negara mereka. Hal ini berlaku gara-gara outbreak COVID-19 yang sedang melanda dunia kini. Ya, semua negara sedang mengalami masalah ekonomi yang agak teruk. Tetapi kerana terlampau risau menteri kewangan itu membunuh diri. Kemudian, Idol KPOP yang sangat terkenal, Sulli dan Goo Hara juga membunuh diri tahun lepas iaitu pada tahun 2019 kerana tekanan yang dialami selaku bintang selebriti yang bertaraf antarabangsa. Ya, negara Malaysia juga tidak terkecuali, Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan pada tahun 2017 mendapati tingkah laku bunuh diri dalam kalangan remaja berumur di antara 13 hingga 17 tahun menunjukkan peningkatan di dalam trend. Idea ingin bunuh diri meningkat kepada 10% pada tahun 2017 berbanding 7.9% pada tahun 2012. Oleh itu, aku dapat simpulkan bahawa masalah kesihatan mental ini merupakan masalah yang tidak boleh kita pandang enteng sama sekali.

            Okay done introduction. So, apa kaitan dengan buku yang kita ingin kupas ini? Okay jom aku cerita.

            How Are You ataupun dalam bahasa mudahnyaa bagaimana keadaan anda? Merupakan tajuk yang sangat tepat kepada buku ini untuk memberitau para pembaca apakah isi yang akan disampaikan kepada mereka. Jadi berdasarkan tajuk buku ini pun kita dah boleh agak apakah isi yang ingin disampaikan oleh penulis kepada para pembacanya. Aku nak kongsikan sebuah cerita. Ini cerita benar tapi bukanlah kenalan aku. Dia merupakan kenalan kepada kenalanlah kiranya. Di dalam penceritaan aku, aku bahasakan kenalan aku sebagai ‘aku’ dan aku namakan member ni ‘Abu’. Abu ni pada awalnya aku kenal dia, seorang yang periang, jenis masuk air, happy-go-lucky lah kata orang.

            Pada suatu hari, dia mengadu dekat aku bahawa dia sangat sedih sebab kekasih lima tahunnya berlaku curang. Kiranya dia ditinggalkan. Muka Abu sedih, kelakuan Abu juga nampak lesu dalam hari-harinya. Aku selaku kawan tidak tahu apa yang perlu dilakukan. Hari-hari berganti hari keputusan peperiksaan pun keluar, ada yang sedih dan ada yang gembira dengan keputusan masing-masing. Aku mencari Abu, Abu kelihatan sangat sedih. Aku mendekati Abu dan bertanya kenapa, Abu memberitahu bahawa dia mendapat keputusan yang sangat teruk. Sekali lagi, aku diam kerana tidak tahu apa yang perlu dilakukann. Beberapa hari kemudian, satu berita menggemparkan datang kepada kami bahawa ibu Abu baru sahaja meninggal. Kami sebagai kenalan yang agak rapat tahu bahawa Abu sangat rapat dengan ibunya. Iyalah kami pun selalu memanggilnya ‘anak mak’ sebab rapat sangat dengan ibunya. Aku tidak berani mendekati Abu kerana tidak tahu apa yang perlu dilakukan. Begitu juga kawan-kawan kami yang lain. Semua orang tidak tahu bagaimana ingin menolong Abu, Abu dibiarkan bersendirian. Keesokannya, sekali lagi datang kepada kami berita yang sangat sedih dan menggemparkan bahawa Abu telah membunuh diri kerana mengalami depression yang sangat teruk. Kami terkesima, tetapi hanya diam kerana masih tidak tahu apa yang perlu dilakukan. Segalanya terlambat, nasi sudah menjadi bubur, Abu tidak mungkin kembali ke dunia ini lagi.

            Bukan cancer, bukan penyakit jantung, bukan kerana sistem immunity yang lemah, bukan kerana diabetes, bukan kerana apa-apa penyakit fizikal yang wujud di dalam dunia ini, Bukan!. Abu meninggal kerana tekanan melampau yang datang kepada dirinya bertubi-tubi. Abu meninggal dunia kerana emosi yang tidak stabil. Abu meninggal kerana emotionalism melebihi rationalism. Emosi melebihi rational menyebabkan Abu tidak boleh berfikir dengan baik yang menyebabkan Abu meninggal dunia.

            Siapa yang harus dipersalahkan? Adakah salah Abu dia menamatkan riwayatnya sendiri? Adakah salah aku kerana hanya diam? Fikirkanlah.

            Berdasarkan cerita yang aku kongsikan ini apa yang boleh kita dapat? Mari aku ceritakan. Kebanyakan rakyat Malaysia sendiri tidak tahu apa yang perlu dilakukan apabila rakan kita sedang mengalami masalah kesihatan mental, bahkan diri kita sendiri tidak tahu apa yang perlu dilakukan bukan? Masing-masing akan diam dan membiarkan rakan kita bersendirian. Jadi buku yang dihasilkan oleh Aiman dan Aiman ini memberikan panduan dan pendedahan yang menyeluruh kepada kita sebagai pembaca tentang bagaimana kita nak menghadapi situasi seperti ini. Buku ini menceritakan apakah yang perlu dilakukan oleh kita jika diri kita sendiri yang mengalami masalah kesihatan mental. Buku ini menceritakan bagaimana kita sebagai kawan harus bertindak. Buku ini menceritakan siapakah orang yang perlu dijumpai untuk menangani masalah seperti ini. 

            Karya yang dihasilkan ini merupakan pembuka mata ataupun penerangan yang ringkas bagi pembaca untuk mengenali lebih mendalam mengenai bidang psykologi. Buku yang dikarang dan ditulis oleh Aiman Azlan dan juga Aiman Amri ini merupakan buku yang sangat sesuai dibaca oleh semua lapisan masyarakat di Malaysia. Walaupun buku yang dikarang ini ditulis dalam Bahasa Inggeris, ianya ditulis dalam Bahasa Inggeris yang mudah difahami. Yes, I can say this because my English is not great at all, but well I manage to read cover to cover.

            Teori dan penerangan mengenai segala terma di dalam buku ini diterangkan dengan sangat jelas dan mudah difahami oleh para pembaca dengan menggunakan kaedah analogi dan penceritaan yang sangat ringkas. Naratif yang dibawa ataupun dikarang oleh penulis juga dapat dilihat dengan jelas. Susunan perkataan dari segi spacing dan font juga sangatlah kemas dan rapi. Bagi orang yang tidak suka membaca buku ataupun warkah yang Panjang lebar, buku ini sangatlah sesuai dengan anda.

            Secara ringkasnya buku ini dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu dimulai dengan bahagian pertama, stress. Kemudian diikuti bahagian kedua yang menceritakan tentang anxiety. Akhir sekali, penuli menceritakan tentang depression. Jadi ini merupakan tiga topik utama yang dihuraikan di dalam buku ini.

            Seusai pembaca khatam membaca buku ini, pembaca akan memperoleh ilmu dan panduan yang jelas tentang apakah tindakan yang sesuai untuk dilakukan kepada masyarakat dan diri sendiri berkenaan masalah kesihatan mental. It is a very recommended book, you guys should read it!

            Alamak terpanjang pula, maaf semua. This is my first time reviewing a book huhu. Okay! Itu sahaja daripada sang pengulas buku yang serba dhaif ini. Harapnya, rakan-rakan mendapat sesuatu. 😊

Hafiz Iqbal
Sang Pendaki

No comments:

Post a Comment

Hilang (A Review)

"Ku mencari dan terus mencari diriku yang hilang Baruku sedar, yang hilang itu adalah cintaku padaNya" Alhamdulillah, f...