Monday, April 20, 2020

Hilang (A Review)


"Ku mencari dan terus mencari diriku yang hilang
Baruku sedar, yang hilang itu adalah cintaku padaNya"

Alhamdulillah, for the second day streak aku berjaya menghabiskan satu lagi bahan bacaan untuk diamati serta dikongsikan manfaatnya bersama semua. Kali ini, buku yang aku pilih bertajuk 'Hilang', hasil nukilan saudara Jibrail Fitrah yang merupakan salah seorang daripada penulis-penulis panel Tarbiah Sentap.

Sewaktu kali pertama aku mendapatkan buku ini daripada kawanku yang juga merupakan seorang dropshipper buku-buku keluaran Tarbiah Sentap ini, first expectation aku sangkakan buku ini adalah sebuah novel melihatkan kulit muka hadapannya (seperti yang korang lihat ni) nampak seperti sebuah novel (daripada yang aku nampak lah, sebab first time aku nampak buku ni kan hehe :)) tapi bila aku amati sinopsis yang tertera di balik buku ini, tak kelihatan pun nama-nama watak yang menunjukkan ciri-ciri naratif dalam buku ini (macam sinopsis novel yang selalu kita tengok), jadi sangkaan pertamaku berubah mengatakan karya yang ditonjolkan oleh penulis kali ini merupakan buku bergenre motivasi.

Setebal 252 muka surat dan 8 bab yang dilampirkan bersama buku ini, penulis memfokuskan kepada 8 perkara yang sering hilang daripada diri manusia yang menyebabkan mereka mudah berasa tertekan dan buntu dalam mencari jalan penyelesaian kepada masalah hidup mereka, iaitu:
1.Diri
2. Semangat
3. Kewarasan
4.Teman
5.Perasaan
6.Cinta 
7. Keislaman

Overall, bahasa yang digunakan simple dan konten yang relevan dengan diselitkan cerpen-cerpen pendek pada awal bab untuk memberi ilustrasi awal kepada pembaca untuk memahami isi yang nak disampaikan.

Sebagai pembuka bicara dalam buku ini, penulis memetik lirik lagu nyanyian kumpulan Rabithah yang juga bernaung di bawah kumpulan Tarbiah Sentap bertajuk 'Hilang'. Justeru, sepanjang pembacaanku pada bab pertama buku ini aku cuba menghayati lagu tersebut melalui Youtube untuk meneliti isi kandungan yang cuba disampaikan:

Hariku sering tuah hadir bertamu
Seakan dunia hanya untuk diriku
Kasih alam sering menyebelahiku 
Seolah tiada ruang selain diriku

Namun sepiku rasa walau ku sempurna
Takutku pada indah dunia tidak selama
Kelompang di jiwa
Tiada rasa tuk mendekati-Nya

(Rabithah-Hilang)

Lagu ini jelas menggambarkan mesej yang cuba disampaikan dalam bab pertama buku ini, 'Diriku yang hilang'. Pada bab ini, penulis membangkitkan persoalan hidup manusia yang pada hakikatnya tenggelam dalam perihal keduniaan yang takkan pernah memuaskan hati masing-masing, meskipun terlalu banyak nikmat yang telah dikecapi, masih saja ada yang mempersoalkan nilai kehidupan, disebabkan ego dan sifat hipokrit yang membelenggu. Bahkan, ada yang menyalahkan takdir tatkala ditimpa musibah. Hal ini menunjukkan nikmat keduniaan tidak semestinya mampu menjamin kebahagiaan seseorang, jika dikejar dunia hanya dunia yang didapati; jika akhirat yang dikejar janji Tuhan yang pasti menjamin kedua-duanya sekali: duniawi dan ukhrawi.

Buku ini juga menceritakan sebab-sebab manusia diuji Allah SWT dengan pelbagai ujian dan cabaran hidup, dan kenapa manusia selalu takut dan lemah tatkala ditimpa ujian, hatta ada yang sanggup bersangka buruk dengan ketentuan-Nya.Antara sebab yang menjadikan manusia futur @ lemah ketika diuji adalah kerana dorongan hawa nafsu yang kuat, hasutan syaitan yang tidak henti-henti menyebabkan kita mudah alpa dengan Tuhan dan tidak sabar dalam melakukan sesuatu perkara. Di samping itu, penulis turut mengupas lebih lanjut tentang bentuk-bentuk ujian yang selalu menimpa: Ujian keluarga, ujian kawan-kawan Dan ujian Akademik.

Tidak dilupakan, penulis mengupas tentang faktor hilangnya kewarasan akal manusia dalam menghadapi kehidupan, antaranya disebabkan manusia yang cenderung mendahulukan emosi dari pertimbangan akal. Hal ini menyebabkan manusia cenderung untuk bertindak dan membuat keputusan secara terburu-buru dan akhirnya tindakan yang dilakukan itu akhirnya memakan diri sendiri. Maka, kebijaksanaan mengendalikan emosi serta pemikiran positif memainkan peranan yang penting bagi membentuk manusia yang matang, rasional dan tidak tumbang dengan hawa nafsu serta godaan syaitan yang membelenggu.

Seterusnya, penulis mengajak kita berfikir sejauh mana seseorang kawan itu mampu membawa kita ke arah kebaikan dan keredhaan Allah SWT. Malah, kita selaku kawan juga bertanggungjawab untuk mengajaknya untuk meninggalkan dosa dan maksiat serta meraih keredhaan-Nya. Penulis juga turut berpesan agar kita jangan menghukum orang yang jahat itu akan selamanya jahat, dan yang baik itu tak semestinya selamanya baik, yang pasti sentiasa membimbing dan menasihati antara satu sama lain. Keduanya, jangan sesekali merasakan dirinya seorang yang baik dan menuduh orang lain tidak, anggap sahaja diri ini kosong dan ada yang lebih baik daripada kita.

Akhir sekali, penulis menukilkan huraian lebih lanjut tentang cinta manusia dan cinta kepada Allah SWT yakni dakwah. Pada bahagian ini, penulis menegur umat Islam selaku daie dan suri tauladan masyarakat supaya berdakwah dengan akal berpandukan wahyu al-Quran dan as-Sunnah dan tidak mengikut hawa nafsu semata-mata supaya tidak menjadi fitnah kembali kepada Islam. Kehilangan kegemilangan & kewibawaan Islam sekian lama dahulu harus dituntutbela dan dipertahankan oleh umat dari terus terhakis dek anasir-anasir yang cuba menjatuhkannya.

Jadi, untuk buku ni aku bagi 9/10 memandangkan pada bab akhir buku ini, penulis mengajak kita untuk berfikir sendiri cara untuk kita mengisi tiap-tiap kehilangan yang kita rasakan. Masalah yang wujud dalam diri manusia ini bersifat fleksibel dan bersifat luar jangka, justeru penulis menasihatkan kita untuk kembalikan setiap usaha yang kita lakukan sandarkan kembali dengan bertawakkal kepada Allah.

Sekian, terima kasih.
-Atikah Z-


Sunday, April 19, 2020

Pelajar Cemerlang Di Universiti Berdasarkan Naqli Dan Aqli ( A Review)

Assalamualaikum dan helo bibliophiles sekalian!
Diharapkan semoga kalian berada dalam keadaan sihat-sihat sahaja baik di kampung mahupun yang terkandas di kampus   menjelang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang sedang dilanjutkan sehingga 28 April 2020 ini (Moga kes virus Covid-19 yang berlaku sekarang ini akan berkurang dan keadaan akan kembali seperti biasa, semoga dipermudahkan hendak-Nya! :) ). Khasnya kepada yang sedang terkandas di kampus tu, jangan bersedih kerana saya juga seperti anda juga :') Jadi manfaatkan masa yang ada ini dengan sebaik mungkin ya!

Oraitt, back to the story..alang-alang dah tak tahu nak buat apa kan, nak hadam buku subjek pun dah sampai habis dihadamnya kita dengan buku ni (korang faham2 la ya), rasa nak cari taste lain pulak nak luangkan masa yang ada ini, aku cuba capailah buku-buku lain untuk aku tatap (banyak sebenarnya buku yang aku simpan ni..memandangkan aku suka sangat beli buku tapi sampai kesudah aku tak bukak hahaha)

Kali ni, mata aku tertarik bila nampak buku ni ihiks O.O


Buku yang aku pilih untuk pembacaan kali ini bertajuk "Pelajar Cemerlang di Universiti Berdasarkan Naqli dan Aqli", karangan Mohd Faisol Ibrahim. Buku ini merupakan salah satu nukilan dan terbitan alma mater aku sekarang ini, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Setebal 126 muka surat, seingat aku aku beli buku ini dari Kedai Buku USIM sendiri.  Tajuknya agak mengena bagi aku  memandangkan matlamat  USIM sendiri adalah untuk melahirkan mahasiswa yang seimbang secara holistik dalam ilmu naqli (ilmu berlandaskan wahyu) dan juga aqli (ilmu berteraskan akal).

Buku ini memuatkan 7 bab utama yang difokuskan kepada pelajar untuk cemerlang dalam akademik dan kemahiran insaniah. Pengarang memulakan penulisan buku ini dengan memberi ilustrasi tentang senario perbandingan pandangan terhadap pelajar universiti dahulu dan kini. Jika dahulu, kejayaan untuk melanjutkan pelajaran ke menara gading itu merupakan salah satu agenda utama yang diterapkan dalam fikiran anak-anak sebagai penanda aras kejayaan dalam hidup. Bahkan, tawaran biasiswa pada masa dulu juga sangat banyak memandangkan graduan lepasan universiti juga mendapat banyak permintaan dalam pasaran kerja pelbagai bidang.

Namun kini, literasi generasi muda yang kian meningkat menyebabkan senario ini menjadi suatu yang biasa di mata masyarakat.Di samping itu, persaingan antara graduan untuk masuk ke dalam pasaran pekerjaan juga semakin meningkat kerana majikan ingin mencari graduan yang punya kelebihan atau 'bonus' yang mampu menguntungkan organisasi, dalam erti kata lain 'lain dari yang lain'. Jadi, kejayaan dari menara gading kini sudah tidak menjadi tanda tanya oleh masyarakat kepada graduan, tetapi persoalannya adalah apakah sumbangan yang boleh diberikan mereka kepada masyarakat kelak.

                            Sumber: Internet
 
Antara isu menarik lain yang dikupas dalam buku ini ialah perbezaan antara terma 'tekun belajar' dan 'bijak belajar'. Penulis membangkitkan persoalan mengapa seseorang pelajar yang sangat tekun belajar tetapi keputusan yang diperoleh biasa-biasa sahaja, berbanding dengan suatu situasi yang lain seorang pelajar yang belajarnya  biasa-biasa sahaja tapi keputusan yang diperoleh luar biasa. Hal ini kerana kegagalan pelajar untuk memahami perbezaan antara dua terma ini. Pelajar yang tekun belajar tapi gagal merancang gaya dan kemahiran belajar yang betul akan gagal mendapatkan keputusan yang baik dalam pelajarannya. Terma ' bijak belajar ' yang dimaksudkan ini didefinisikan sebagai suatu proses pengurusan kemahiran pelajaran yang merangkumi 6 kemahiran:
1. Kemahiran mengurus masa
2. Kemahiran mencatat nota
3. Kemahiran membaca
4. Kemahiran mencatat
5. Kemahiran membuat rujukan
6. Kemahiran Mendengar

Di samping itu juga, penulis menggariskan 11 kunci kecemerlangan pelajar Islam di Universiti, iaitu:
1. Kunci Ilmu-melihat, mendengar dan bertanya
2. Kunci Kejayaan-Usaha, Tawakkal,Sabar & Istiqamah
3. Kunci Ingatan-Solat, Doa dan Syukur
4.Kunci Kesejahteraan Dunia Akhirat - Ibadan
5. Kunci Permintaan - DOA
6. Kunci Ketenangan-al-Quran, Ibubapa dan cinta akan masjid
7. Kunci keberkatan- ikhlas dan redha
8. Kunci Hubungan manusia- Memberi salam / Bertegur sapa
9. Kunci Kebaikan- Benar, Amanah, Menyampaikan dan Bijaksana
10. Kunci Kerjaya- PNGK cemerlang, Kemahiran Insaniah tinggi.

Kemahiran insaniah atau dipanggil sebagai soft skills ini merangkumi: Komunikasi, Kepimpinan, Kerja Berkumpulan, Nilai dan Etika serta Pembelajaran Sepanjang Hayat.

Seterusnya, penulis melampirkan bersama kisah-kisah kejayaan daripada alumni USIM sendiri yang telah berjaya menamatkan pengajian dan berjaya menempatkan diri dalam bidang kepakaran mereka serta berkhidmat kepada masyarakat. Pada bahagian ini, saya berasa amat terpegun membaca kisah perjalanan hidup mereka sepanjang bergelar sebagai seorang pelajar dengan keputusan akhir mereka yang begitu cemerlang.

Lebih menarik, saya turut menjumpai kisah kejayaan hidup milik pensyarah yang mengajar kelas saya kini dalam subjek Nahu Bahasa Arab (Syntax), iaitu Dr. Nizwan bin Musling yang juga merupakan salah seorang alumni USIM. Kisahnya amat penuh dengan inspirasi buat saya untuk mengorak langkah mengikuti jejak beliau untuk mendalami ilmu pengetahuan khasnya dalam bidang Bahasa Arab..doakan saya supaya turut berjaya dengan izin-Nya, in shaa Allah :')

 
Bergambar bersama pensyarah kami, Dr Nizwan (di tengah) pada semester lepas
         
Dalam bab terakhir buku ini, penulis mengupas kembali dengan lebih ringkas tentang konsep naqli dan aqli serta pengaplikasiannya dalam pembangunan holistik pelajar. Penulis menukilkan pendapat Imam Ghazali yang menyatakan dengan tegas perkaitan rapat antara dalil Naqli dan Aqli bagi seseorang penuntut ilmu. Justeru, seseorang yang bertaqlid ( menerima sesuatu pandangan tanpa asas yang kukuh) itu dianggap sebagai seorang yang bodoh; begitu juga seseorang yang bermegahan dengan ilmu yang dimilikinya tetapi mengenepikan panduan utama Islam seperti al-Quran dan as-Sunnah juga merupakan suatu kepalsuan bagi dirinya, kerana kejayaan yang dikecapi sedemikian itu hanyalah sementara manakala kejayaan yang kekal dan pasti itu adalah dengan meraih keredhaan Allah SWT.

Tuntasnya, kesimpulan yang saya dapat daripada pembacaan saya mendapati bahawa kecemerlangan seseorang pelajar khususnya tidaklah hanya terletak pada skrol ijazah yang bakal digenggam semata-mata, akan tetapi kejayaan seseorang itu nilainya turut terletak pada nilai modal insan yang sejahtera dalam semua aspek baik pada jasmani, emosi, rohani dan insani. Nasihat yang diberikan bukan untuk pelajar Islam sahaja, malah sesuai diaplikasikan oleh semua lapisan masyarakat tanpa mengira latarbelakang agama. Semoga perkongsian ini mampu memberi manfaat buat kita semua  dalam usaha mempersiapkan diri until berkhidmat buat agama, bangsa, masyarakat dan negara suatu hari nanti, bak kata pepatah: " Pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara".

Ranking: 10/10

Sekian, terima kasih.

Atikah Z

Tuesday, April 7, 2020

How Are You (A Review)


How Are You? by Aiman Azlan


The majority of us are living in the shadow because we are afraid that we would be judge by the society”

            Begitulah antara ayat-ayat yang dilontarkan di awal penulisan buku ini. Kalau kita perhatikan keadaan masyarakat dunia sekarang, jelas dan terang pada mata kita  bahawa masalah penyakit mental kini semakin meningkat dengan mendadak. Ramai pelakon, penyanyi, bahkan orang yang memegang jawatan tinngi kerajaan membunuh diri kerana mengalami masalah mental dek tekanan yang dialami. 

            Baru-baru ini dunia telah digemparkan dengan kematian Thomas Schaefer, Menteri kewangan negara German yang membunuh diri kerana terlalu risau akan ekonomi negara mereka. Hal ini berlaku gara-gara outbreak COVID-19 yang sedang melanda dunia kini. Ya, semua negara sedang mengalami masalah ekonomi yang agak teruk. Tetapi kerana terlampau risau menteri kewangan itu membunuh diri. Kemudian, Idol KPOP yang sangat terkenal, Sulli dan Goo Hara juga membunuh diri tahun lepas iaitu pada tahun 2019 kerana tekanan yang dialami selaku bintang selebriti yang bertaraf antarabangsa. Ya, negara Malaysia juga tidak terkecuali, Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan pada tahun 2017 mendapati tingkah laku bunuh diri dalam kalangan remaja berumur di antara 13 hingga 17 tahun menunjukkan peningkatan di dalam trend. Idea ingin bunuh diri meningkat kepada 10% pada tahun 2017 berbanding 7.9% pada tahun 2012. Oleh itu, aku dapat simpulkan bahawa masalah kesihatan mental ini merupakan masalah yang tidak boleh kita pandang enteng sama sekali.

            Okay done introduction. So, apa kaitan dengan buku yang kita ingin kupas ini? Okay jom aku cerita.

            How Are You ataupun dalam bahasa mudahnyaa bagaimana keadaan anda? Merupakan tajuk yang sangat tepat kepada buku ini untuk memberitau para pembaca apakah isi yang akan disampaikan kepada mereka. Jadi berdasarkan tajuk buku ini pun kita dah boleh agak apakah isi yang ingin disampaikan oleh penulis kepada para pembacanya. Aku nak kongsikan sebuah cerita. Ini cerita benar tapi bukanlah kenalan aku. Dia merupakan kenalan kepada kenalanlah kiranya. Di dalam penceritaan aku, aku bahasakan kenalan aku sebagai ‘aku’ dan aku namakan member ni ‘Abu’. Abu ni pada awalnya aku kenal dia, seorang yang periang, jenis masuk air, happy-go-lucky lah kata orang.

            Pada suatu hari, dia mengadu dekat aku bahawa dia sangat sedih sebab kekasih lima tahunnya berlaku curang. Kiranya dia ditinggalkan. Muka Abu sedih, kelakuan Abu juga nampak lesu dalam hari-harinya. Aku selaku kawan tidak tahu apa yang perlu dilakukan. Hari-hari berganti hari keputusan peperiksaan pun keluar, ada yang sedih dan ada yang gembira dengan keputusan masing-masing. Aku mencari Abu, Abu kelihatan sangat sedih. Aku mendekati Abu dan bertanya kenapa, Abu memberitahu bahawa dia mendapat keputusan yang sangat teruk. Sekali lagi, aku diam kerana tidak tahu apa yang perlu dilakukann. Beberapa hari kemudian, satu berita menggemparkan datang kepada kami bahawa ibu Abu baru sahaja meninggal. Kami sebagai kenalan yang agak rapat tahu bahawa Abu sangat rapat dengan ibunya. Iyalah kami pun selalu memanggilnya ‘anak mak’ sebab rapat sangat dengan ibunya. Aku tidak berani mendekati Abu kerana tidak tahu apa yang perlu dilakukan. Begitu juga kawan-kawan kami yang lain. Semua orang tidak tahu bagaimana ingin menolong Abu, Abu dibiarkan bersendirian. Keesokannya, sekali lagi datang kepada kami berita yang sangat sedih dan menggemparkan bahawa Abu telah membunuh diri kerana mengalami depression yang sangat teruk. Kami terkesima, tetapi hanya diam kerana masih tidak tahu apa yang perlu dilakukan. Segalanya terlambat, nasi sudah menjadi bubur, Abu tidak mungkin kembali ke dunia ini lagi.

            Bukan cancer, bukan penyakit jantung, bukan kerana sistem immunity yang lemah, bukan kerana diabetes, bukan kerana apa-apa penyakit fizikal yang wujud di dalam dunia ini, Bukan!. Abu meninggal kerana tekanan melampau yang datang kepada dirinya bertubi-tubi. Abu meninggal dunia kerana emosi yang tidak stabil. Abu meninggal kerana emotionalism melebihi rationalism. Emosi melebihi rational menyebabkan Abu tidak boleh berfikir dengan baik yang menyebabkan Abu meninggal dunia.

            Siapa yang harus dipersalahkan? Adakah salah Abu dia menamatkan riwayatnya sendiri? Adakah salah aku kerana hanya diam? Fikirkanlah.

            Berdasarkan cerita yang aku kongsikan ini apa yang boleh kita dapat? Mari aku ceritakan. Kebanyakan rakyat Malaysia sendiri tidak tahu apa yang perlu dilakukan apabila rakan kita sedang mengalami masalah kesihatan mental, bahkan diri kita sendiri tidak tahu apa yang perlu dilakukan bukan? Masing-masing akan diam dan membiarkan rakan kita bersendirian. Jadi buku yang dihasilkan oleh Aiman dan Aiman ini memberikan panduan dan pendedahan yang menyeluruh kepada kita sebagai pembaca tentang bagaimana kita nak menghadapi situasi seperti ini. Buku ini menceritakan apakah yang perlu dilakukan oleh kita jika diri kita sendiri yang mengalami masalah kesihatan mental. Buku ini menceritakan bagaimana kita sebagai kawan harus bertindak. Buku ini menceritakan siapakah orang yang perlu dijumpai untuk menangani masalah seperti ini. 

            Karya yang dihasilkan ini merupakan pembuka mata ataupun penerangan yang ringkas bagi pembaca untuk mengenali lebih mendalam mengenai bidang psykologi. Buku yang dikarang dan ditulis oleh Aiman Azlan dan juga Aiman Amri ini merupakan buku yang sangat sesuai dibaca oleh semua lapisan masyarakat di Malaysia. Walaupun buku yang dikarang ini ditulis dalam Bahasa Inggeris, ianya ditulis dalam Bahasa Inggeris yang mudah difahami. Yes, I can say this because my English is not great at all, but well I manage to read cover to cover.

            Teori dan penerangan mengenai segala terma di dalam buku ini diterangkan dengan sangat jelas dan mudah difahami oleh para pembaca dengan menggunakan kaedah analogi dan penceritaan yang sangat ringkas. Naratif yang dibawa ataupun dikarang oleh penulis juga dapat dilihat dengan jelas. Susunan perkataan dari segi spacing dan font juga sangatlah kemas dan rapi. Bagi orang yang tidak suka membaca buku ataupun warkah yang Panjang lebar, buku ini sangatlah sesuai dengan anda.

            Secara ringkasnya buku ini dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu dimulai dengan bahagian pertama, stress. Kemudian diikuti bahagian kedua yang menceritakan tentang anxiety. Akhir sekali, penuli menceritakan tentang depression. Jadi ini merupakan tiga topik utama yang dihuraikan di dalam buku ini.

            Seusai pembaca khatam membaca buku ini, pembaca akan memperoleh ilmu dan panduan yang jelas tentang apakah tindakan yang sesuai untuk dilakukan kepada masyarakat dan diri sendiri berkenaan masalah kesihatan mental. It is a very recommended book, you guys should read it!

            Alamak terpanjang pula, maaf semua. This is my first time reviewing a book huhu. Okay! Itu sahaja daripada sang pengulas buku yang serba dhaif ini. Harapnya, rakan-rakan mendapat sesuatu. 😊

Hafiz Iqbal
Sang Pendaki

Friday, April 3, 2020

Mahasiswa Bukan Robot (A Review)


"Orang yang biasa-biasa dia akan hidup untuk diri sendiri, orang yang luar biasa akan hidup untuk ummah!"

Pesanan yang disampaikan kepada penulis oleh seniornya, Akhi Hamzah, seorang pelajar Phd Sains Kejuruteraan sewaktu zaman pengajiannya di Universiti Malaya merupakan salah satu quote yang dihighlightkan oleh penulis dalam nukilannya yang kupegang sekarang ni. Secara keseluruhannya, buku 'Mahasiswa Bukan Robot' yang dibawakan oleh Saudara Amirul Eqhwan ini secara tak langsung begitu jelas mengupas isu-isu mahasiswa kini dalam menempuh cabaran dan dugaan selari dengan arus kemodenan yang berkembang tidak berkesudahan.

     Pada bahagian prolog buku ini, penulis memulakan penulisannya dengan menyatakan empat (4) ciri utama yang dibawa oleh Imam Hassan al-Banna yang perlu ada dalam jiwa pemuda-pemudi Islam: Iman, Ikhlas , Hamaasah (Semangat) dan Amal (Zahir dalam tindakan). Keempat-empat ciri utama ini harus diintegrasikan dan diimplementasikan dalam kehidupan mahasiswa Islam bagi mencari keredhaan Allah SWT sekaligus mencapai kejayaan dalam hidup duniawi dan ukhrawi, In shaa allah.

       Bermodalkan 49 subtopik , gaya penulisan yang dibawa oleh penulis cukup ringkas, malah sependek-pendek patah perkataan yang diungkapkan  juga tak sampai tiga baris; akan tetapi mesej yang cuba disampaikan oleh beliau begitu mengetuk hati dan minda diri ini sebagai seorang pelajar universiti, yang barangkali masih leka diulit dengan kemewahan hidup yang fana' ini. Penulis turut berkongsi kisah silam beliau sebagai mahasiswa universiti yang turut tidak terlepas melalui 'zon selesa' sedemikian, namun berbekalkan pengalaman dan nasihat kehidupan mendorong penulis untuk bangkit dari tidur yang lena dan memperjuangkan semangat Melayu-Islam sebagaimana yang dilakukan oleh pahlawan-pahlawan Melayu terdahulu: Datuk Bahaman, Tok Janggut, Tok Kenali, Datuk Maharajalela dalam usaha mempertahankan kesucian Islam serta kedaulatan Tanah Melayu daripada anasir-anasir Barat. 

       Tidak lupa juga, penulis turut mengupas beberapa isu semasa yang sering membelenggu masyarakat dan menyasarkan golongan muda seperti mahasiswa ini sebagai pemudahcara agenda mereka. Antaranya termasuklah isu liberalisme (lebih berfokuskan kepada kebebasan bersuara), knowledge secularisation (memisahkan agama daripada ilmu pengetahuan), politik Malaysia dan mahasiswa, persoalan status negara Malaysia sebagai negara Islam atau negara sekular dan banyak lagi isu yang dilontarkan. Hal ini sengaja dibangkitkan oleh penulis supaya mahasiswa cakna akan apa yang berlaku di sekeliling, tidak sekadar mengejar pointer dan merit semata-mata; bahkan mengajak mereka untuk menambah nilai-nilai insaniah (soft skills) untuk manfaat kehidupan masa depan. Hal ini bertepatan dengan sebab tajuk buku ini dipilih, kerana mahasiswa bukanlah robot yang hanya menunggu dirinya diprogramkan untuk mula bergerak.

       Tuntasnya, mahasiswa khasnya mahasiswa Islam sepatutnya seimbang dari aspek akademik, insaniah dan rohaninya bagi menjadikan diri mereka kuat bukan semata-mata untuk kepentingan diri, bahkan untuk kesejahteraan ummah yang dicintai. Makanya, rating yang saya berikan untuk buku ini ialah 9/10 dan amat mencadangkan anda untuk membaca buku karya Saudara Amirul Eqhwan ini. Baca dan nilai sendiri! :)

Atikah Z
2250
03042020

Thursday, April 2, 2020

The Art of The Good Life (A Review)







Introduction

Good life. A very vague term that always made our mind boggled, wondering about its purest meaning. Philosophers from all over the time, places and civilizations had enough of tearing down their minds to evaluate what is meant by living a Good Life. You and I, as well as all people that had ever lived this mortal life, are always on their feet to achieve what they perceive as a Good Life. Good life, is somewhat a form of art, that must be comprehended by the likes of us.


Overview

The Art of The Good Life, a book written by the Swiss author Rolf Dobelli might be the one that you are looking for to reconstruct your view about happiness in life. With 52 thought-provoking ideas that had been arranged to their respective chapters, this book might shift the way you perceive what does it mean ‘to be happy’ beforehand. Originally published in 2017, this 260-page book may have what it takes to be able to successfully grasp the idea of living a more fulfilled, meaningful life.

                                                                                                                                                           
Like the previous book I reviewed, the current one that I just finished reading is another motivational, self-enrichment book that I found really appealing and it keeps luring me to excitedly go through page by page to know what awaits me for the next chapter. I love the way the author split his ideas into 52 parts; with each of them contains different approaches on how to actually amend your existence. By doing so, the readers won’t get overwhelmed by the immense amount of long paragraph, but rather a ‘just nice’ well-written ideas packed in a page of 3 or 4.


Highlighted content.

Long story short. Let us have a look on some of the chapters which kinda moved me—giving me insight and a new outlook that helps me to reshape my mind. Honestly, there might be one or two, or maybe up to ten chapters of this book that you would want to object, disagree with. Well there’s no perfect book to begin with—I believe one must be critically evaluate the content when reading any kind of books.


Alright nevermind about that. Let’s jump into some of the highlighted content and quote that I want you guys to read along, shall we?    

(I will only put 4 out of 52 here, otherwise this review will be too long)


                1. The Circle of Competence

This chapter tells us about the cognitive bias that we tend to have, in which we think that we can actually be good at everything we do. In this section Rolf Dobelli suggest that we need to be aware of our very own Circle of Competence. It is initially a term used by world’s most successful investor, Warren Buffet. The idea is, inside the circle are the skills you have mastered. Beyond it are the things you understand only partially or not at all. He said “Know your circle of competence and stick within it. The size of the circle is not really important. Knowing its boundaries however, vital”. Tom Watson, the founder of IBM added “I’m no genius. I’m smart in spots—but I stay around those sports.”. Personally I found this advices are really liberating you from anxiety or insecurity.


                2. The Introspection Illusion-Take feelings seriously just not your own.

English has more than 300 words to describe emotions, more than we have to describe colors. See how complicated was that? Emotions are sometimes overrated. Don’t make it as your life compass, for you will go nowhere if you are depending on it—it’s a broken one.

Rolf Dobelli suggest that we need to imagine ourselves as a huge market, in which bird from all varieties flit from spot to spot. Some are beautiful birds, while some maybe, not really that gorgeous. Some stay only for a while, some might dawdle a little bit longer, and perhaps might left behind their shit. Some you might like more, and might even despise the others. But as the time goes, they will all move away. Those birds are like our feelings—since you already sketched this image in your head, you’ll see that you are not actually own any of your feelings.


                3. The Book of Worries-how to switch off the loudspeaker in your head

Fear and worry, according to the author is deemed as a loudspeaker that needs to be switched off. The Greek and Roman philosopher known as Stoics recommended the following trick to sweep away worry: determine exactly what we can and cannot influence. Address the former and don’t let the latter prey on your mind.  In another part of this chapter, the author also tells about an experiment ran by researchers from Canadian who tested the effect of fear towards the life quality of a sparrow by playing the sounds of their natural predators using speakers. Summary: it clearly shows that, fear does effect the whole ecosystem.


                4. The opinion volcano-why you’re better off without opinion

The human brain are truly a volcano—waiting to explode with tremendous amount of opinions about this and that. It spews out idea and perspective non-stop. No matter whether the questions is relevant or irrelevant, answerable or unanswerable, complex or simple. The brain will keep tosses out answers. The key to live a good life, according to the author, is by preventing this ‘volcano’ from erupting like there is no tomorrow. You don’t need to be the jack of all trade. Select the topic of your interest very carefully. There’s no need to worry that by being ‘opinionless’ will make you less intellectual. It isn’t. but instead it is a sign of intelligence and wisdom.

Some random quotes from the book

“One of my golden rule in life is as follows: avoid situations in which you have to change other people. This simple strategy has already spared me a good deal of misery and disappointment.”


“Hired for attitude, trained for skills”


“Survey of medalist during the 1992 Olympic Games in Barcelona revealed that silver medalist were less happy than bronze medalist. Why? Because silver medalist measure themselves against the gold, while bronze medalist measure themselves against the runner-up”


“What can’t be taken from you are your thoughts, your mental tools, the way you interpret bad luck, loss and setbacks. You can call this space your mental-fortress—a piece of freedom that can never be assailed”


“A clever person solves the problem, a wise person avoids it”.


“Essentially, you always live where your focus is directed, no matter where the atoms of your body are located.”

Conclusion

It took me about a week to finish reading the book. If you ask me whether this book is somehow any better than other self-help books out there, I cannot be sure of it because we might look for different things from the book we read. Comparing to the previous book I wrote the review about, (The Subtle Art of Not Giving A Fck), I personally say that the former somehow influenced me in a more significant way. As for the overall rating for The Art of The Good Life, I personally rate it 7/10.


So that will sum up my review for the book titled The Art of The Good Life by Rolf Dobelli. Don’t forget to leave a comment if you have any thoughts or ideas that you want to address. Until next time. Bye!

Thanks for reading!

-Shah Rizal-






Wednesday, April 1, 2020

SAJAK: NIKMAT YANG TIDAK DIDENDANG


NIKMAT YANG TIDAK DIDENDANG
(Pesanan buat mereka yang masih menafikan nikmat Rabb al-Jalil)
Suatu ketika dahulu
Dengan rahmat Tuhan-ku
Dengan nama-Nya ku mulai langkahku
Bertatih gusar menanggung pilu
Kerna bakal meninggalkanMu

Ku meratap mengenangkan nasibku
Merayau tanpa hala tuju
'Kan tetapi, janji Tuhan seraya memujukku
"Kan ku jaga kau selalu
Tanpa mengira tempat dan waktu
Andai tiba masanya itu
Kan kau kembali datangi diriKu"

Ku merantau di segenap penjuru
Di bumi Tuhan yang ku tuju
Ke mana saja ku berlalu
Kebahagiaan makhluk yang kutumpu
Memenuhi amanat rahmat Tuhanku

Namun,
Tidak semua yang menghargai kedatanganku
Sepah dibuang bila habisnya madu
Rakus sekali mempergunakanku
Menghabiskan kudrat dan waktu
Hanya untuk kepentingan dirimu

Masihkah kau ingat
Suatu masa dulu
Tatkala Muhammad yang Kuutus mendatangimu
Menyampaikan pesan tak kira lesu
"Jagalah sihat dirimu dan waktu lapangmu"
Tapi masih saja kau membantah
Wahai Bani Adam, apa lagi yang kau mahu?!

Bukalah matamu lihat apa yang berlaku
Pabila diabai syariat Tuhanmu
Pabila jiwa bertuhankan Nafsu
Pabila kemungkaran di singgahsananya berteleku
Berwaspadalah
Bala yang sedang menunggu
Buat mereka yang buat-buat tak tahu

Bukalah akalmu yang jumud itu
Luaskan pandanganmu ke sekelilingmu
Berapa ramaikah yang meratap merayu
Meminta ihsan atas kezalimanmu
Sampai bila mahu bertegak atas egomu
Adakah sehingga ajal memanggilmu?

Oh Tuhan.. ku merayu padamu
Bawaku pergi dari dunia durjana ini
Kerna ku tak sanggup melihat mafsadah yang membelenggu
Makin terhakis kesabaranku
Bermujadalah dengan manusia yang ego menggunung
Dengan yang berhak hanya membisu
Ambillah daku
Kerna aku cumalah nikmat yang tidak didendang!

Atika Zulbaha
1400hrs
24032020
Diposkan buat tatapan pembaca The Write Path, 01042020

Tuesday, March 31, 2020

Mitos Peribumi Malas. (A review)


Ulasan Buku: Mitos Peribumi Malas (akan ditulis MPM) oleh Syed Hussein Alatas.
versi BM

versi BI

Ringkasnya, MPM menyatakan bahawa kepercayaan peribumi malas ialah salah dan tidak berasas sehingga penulis dengan penuh keberanian menyatakan bahawa kepercayaan ini hanyalah mitos (baca: maksud myth) yang dimulakan pihak penjajah dan kini masih dijaja oleh golongan elit di tanah air. Peribumi yang disentuh ialah orang Jawa, Melayu dan Filipina. Maksudnya, kepercayaan ini bukan hanya ekslusif di Malaysia sahaja.

Sepanjang aku membesar dari bangku sekolah sehingga ke menara gading, sokmo doh dengo(baca: selalu ku dengar) ucapan ini menyebar bermula dengan orang biasa sehingga kepada ahli politik masyhur tanah air. Betul ke Melayu ni pemalas, dok reti( baca: cekap) keje, pandai tido je? Atau kepercayaan peribumi malas digunakan bertujuan memanjangkan lagi kekuasaan pihak berkepentingan( baca: nok terus kekal berkuasa, terus kaut keuntungan). Aku memang agak skeptikal apabila melihat slogan-slogan tersebut berterusan menjadi zikir yang ‘mengkhusyukkan’ golongan tertentu.

Apa yang aku suka pasal MPM ialah penulis meletakkan definisi khusus kepada maksud malas dan situasi yang melibatkan kemalasan. Pada pendapat aku, definisi untuk istilah amat penting dalam perbincangan agar pihak terlibat memahami perkara dibincangkan dan mengelakkan potensi ketidakfahaman (misunderstanding). Rentetan itu, penulis layak dipuji kerana pendefinisian dan penghuraian yang panjang lebar mengenai istilah kemalasan. Tambahannya, beliau meletakkan contoh situasi definisi kemalasan yang boleh membantu pemahaman pembaca.

Keduanya, kesimpulan dalam MPM bukanlah tin kosong kerana penulis melalui kajian yang aktif untuk menemui kesimpulan bahawa kepercayaan peribumi malas adalah mitos. Contohnya, pembaca akan menemui pada akhir halaman setiap bab terdapat ruangan yang mengandungi senarai sejumlah rujukan sebagai bukti. Dengan kata lain, senarai rujukan menunjukkan ketelitian sebelum menyimpulkan tajuk buku beliau.

Ulasan aku berdasarkan buku versi terjemahan Bahasa Indonesia dan diubahsuai ke bahasa Malaysia. Pendek kata, korang akan sedikit pening dengan perkataan yang digunakan kalau baca guna versi tersebut. Namun, lama kelamaan aku membiasakan diri dan buku MPM tetap luarbiasa untuk dibaca dan dijadikan buah fikir dalam kehidupan seharian. Aku pinjam buku ini dari Pustaka Awam Negeri Terengganu. Sebenarnya banyak buku menarik dekat pustaka yang korang boleh baca. 

Kesimpulannya, MPM mengandungi pelbagai perspektif terhadap istilah peribumi malas. Aku sangat syorkan korang untuk membaca buku ini terutama saat Perintah Kawalan Berkurung berlangsung sekarang. Nanti komen pandangan korang. Apa-apa saje. Kritikan yang membina juga digalakkan.

Sumber:

Syed Hussein Alatas, 1981, Mitos Peribumi Malas, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pendidikan Malaysia, Kuala Lumpur.




Hilang (A Review)

"Ku mencari dan terus mencari diriku yang hilang Baruku sedar, yang hilang itu adalah cintaku padaNya" Alhamdulillah, f...